Merujuk kepada kaedah berdasarkan Al Quran dan Hadith sebagai sumber falsafah dan pendekatan untuk memulihkan seseorang penagih dadah. Pemulihan secara Islam ini mengaplikasi satu kurikulum yang dilaksanakan secara tetap dan intensif yang wajib ke atas pelatih. Sangat diharapkan agar melalui kaedah yang sebegini dapatlah pelatih menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa
Wednesday, September 9, 2009
SUKAN DAN RIADAH
Telah diadakan sukan dan riadah pada 25 April 2009 di bawah anjuran pihak AADK Pasir Puteh dengan kerjasama Baitul Taubah. Pada hari tersebut, satu kejohanan bola tampar telah diadakan.
Kejohanan itu dijalankan di Baitul Taubah dengan penyertaan sebanyak 7 pasukan. Pasukan terlibat ialah Polis, Bomba, Majlis Daerah Pasir Puteh, Baitul Taubah 1 & 2, JPA 3 dan AADK Pasir Puteh.
Pasukan polis dan Majlis Daerah Pasir Puteh telah menjadi johan dan naib johan. Hadiah kejohanan ini telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Muhammad bin Hussin.
Satu kejohanan yang menyihatkan badan. Bagus untuk anak bina yang masuk. Mereka pun boleh bergaul dengan masyarakat luar. Aktiviti seperti ini harus diteruskan.
ReplyDelete