Monday, February 6, 2017

Lawatan Dari AADK Pusat,AADK Negeri Dan AADK Daerah

Bismillahirrahmanirrahim...ilahi anta maqshuudii wariddhooka mathhlubii a'thinii mahabbataka wa ma'rifataka.. Alhamdulillah..Menerima Kunjungan Drpd Pengarah rawatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)Malaysia,Tuan Hj Wan Addenan Wan Noor,Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulihan AADK Negeri Kelantan,En Khairul Azmi Ahmad dan seluruh kakitangan AADK Pasir Puteh pada 01 Februari 2017.Jazakallah khairan


















Majlis Penyerahan Watikah Kelulusan pendaftaran Dan Pewartaan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Pada 24 Januari 2017 Di Dewan Jasmin Aras 5 Blok A Ibupejabat AADK








Bismillahirrahmanirrahim...ilahi anta maqshuudii wariddhooka mathhlubii a'thinii mahabbataka wa ma'rifataka.. Alhamdulillah dengan secara rasminya mendapat kelulusan menyambung lesen operasi dari Kementerian Dalam Negeri.Terima kasih YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri.
Terima kasih juga kepada saf² Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dari awal penubuhan sehinggalah ke hari ini,Terima kasih YBhg Dato Dr Abd Halim KP AADK,Tuan Hj Wan Addenan(Pengarah Pemulihan dan Rawatan)Tuan Hj Ibrahim (Pengarah AADK Negeri Kelantan)En Khairul(Timbalan Pengarah AADK Negeri Kelantan),seluruh Kakitangan AADK pasir puteh dan badan² berkanun yg menyokong BAITUL TAUBAH sebagai pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak yg berkonsep rawatan secara islam..jazakallahu khairan.

Friday, July 20, 2012

AKTIVITI MENCANDAT SOTONG.

Pada Jumaat bersamaan 22 Jun 2012 yang lalu, Baitul Taubah mengadakan aktiviti tahunan mancandat sotong khas buat anak bina lama. Aktiviti ini disertai oleh 6 orang anak bina lama yang diiringi Ustaz Supian, En Phakarudin dan En. Rhaimy. Rombongan bertolak pada pukul 12.00tghr dan tiba di Chendering dalam pukul 4.00 ptg. Mereka singgah di rumah empunya bot, yang juga merupakan bekas anak bina di Baitul Taubah. Tepat jam 5.00 petang mereka bertolak untuk mencandat sotong dan pulang semula dalam pukul 2.00 pagi.

Tahniah buat mereka yang julung-julung kali dapat menimba pengalaman mencandat sotong. Perubahan anda, kebanggaan kami. Semoga kekal dalam jalan kebaikan...

Sunday, November 20, 2011

BUKU "RAWATAN PEMULIHAN DADAH & RUNTUH AKHLAK"



Baitul Taubah telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘RAWATAN PEMULIHAN DADAH & RUNTUH AKHLAK’, karangan Tuan Haji Ubaidah bin Yaakub yang merupakan Ketua Sekretariat Baitul Taubah.
Buku tersebut mempunyai maklumat tentang pentadbiran dan kaedah pemulihan yang dijalankan di Baitul Taubah secara terperinci. Selain perkembangan Baitul Taubah sejak dibuka pada tahun 2008, buku tersebut juga mempunyai maklumat statistik dadah di Malaysia, jenis-jenis dadah dan kesannya.
Sebagai salah satu saluran sumbangan kepada Baitul Taubah, buku ini dijual dengan harga RM15 sebuah. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh berhubung dengan Puan Armilia di talian 019-936 9155.

Tuesday, May 10, 2011

PENANAMAN TIMUN

Baja sedang ditabur
Batas dibuat berserta pemasangan kayu junjung menggunakan kayu hutan dan tali rafia

Anak timun yang telah dipindahkan dari polibeg

Timun mula berbuah
Pembungkusan timun ke dalam plastik siap untuk dipasarkan

Bermula 20 Febuari 2011, Baitul Taubah memulakan usaha pertanian kecil-kecilan dengan menanam timun secara konvensional (diatas tanah). Penanaman timun ini hanya menggunakan bahan-bahan seperti kayu junjung, tali rafia, baja, silvershine (hamparan plastik), polibeg dan benih timun.


Pada peringkat awal, kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja penanaman dijalankan. Diikuti dengan kerja-kerja pengemburan tanah dan seterusnya menabur baja, membuat batas, pemasangan hamparan plastik, serta membuat kayu junjung bagi tujuan menyokong untuk tumbuhan memanjat. Dalam pada itu juga mereka menanam biji benih ke dalam polibeg yang kemudiannya setelah cukup satu minggu telah dipindahkan ke batas-batas yang telah siap diusahakan. Kerja-kerja ini dilakukan bersungguh-sungguh oleh pembina bersama-sama anak bina terutamanya yang mempunyai minat dalam bidang pertanian.


Tempoh kerja-kerja penanaman hanya mengambil masa 40 hari perolehan hasil sehingga boleh dipasarkan. Setiap dua hari sekali sehingga hari ini timun-timun masih lagi dipunggut untuk dijual. Timun-timun ini telah dibungkus sebanyak 7 kg bagi setiap plastik bagi tujuan pasaran. Hasil jualan timun telah memberikan pulangan modal berserta dengan keuntungan.


Melihat kepada kejayaan yang diperolehi memberi semangat kepada pembina dan anak bina untuk terus bercucuk tanam. Mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah malah dapat berbudi kepada tanah dari terbiar tanpa diusahakan. Selain itu, kerja-kerja pertanian ini memberi peluang kepada mereka untuk mendalami lebih mendalam proses penanaman yang dilakukan dan seterusnya boleh dipraktikkan oleh mereka apabila mereka keluar nanti.

PERLAWANAN SEPAK TAKRAW

Pertandingan sedang berlangsung
Bergambar kenangan bersama hadiah masing-masing

Perlawanan sepak takraw menggabungkan anak bina bersama-sama pembina telah diadakan di Baitul Taubah pada 1 Februari 2011. Perlawanan ini telah berlangsung selama 2 minggu ekoran keadaan cuaca yang kurang baik sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda beberapa kali.

Setiap pasukan yang dianggotai 3 orang pemain, bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat untuk memperoleh kemenangan. Sikap yang ditunjukkan ini boleh menjamin penghuni Baitul Taubah hidup lebih harmoni sesama mereka serta dapat menjalani gaya hidup sihat.

Pada akhir perlawanan menyaksikan kemenangan tempat pertama adalah milik kumpulan yang hanya dianggotai oleh anak bina sahaja. Mereka menerima hamper yang disampaikan oleh Ustaz Supian selaku pembina di Baitul Taubah.

LAWATAN AADK PUTRAJAYA DAN AADK PASIR PUTEH KE BAITUL TAUBAH

Pelawat dari AADK tiba di perkarangan Baitul Taubah

Kehadiran AADK disambut oleh warga Baitul Taubah

Sesi bertukar buah fikiran

Pada 18 Januari 2011, Baitul Taubah menerima kunjungan lawatan dari AADK Putrajaya dan AADK Pasir Puteh. Dalam lawatan ini, seramai 4 orang adalah wakil dari AADK Putrajaya yang diketuai oleh Ustaz Roslan bin Said selaku Pengarah Agama dan 3 orang wakil dari AADK Pasir Puteh yang diketuai oleh Pn. Suriani Mustapha selaku Pengarah AADK Negeri Kelantan.

Dalam lawatan ini, banyak persoalan yang dikongsi bersama sambil bertukar-tukar buah fikiran. Persoalan-persoalan tersebut lebih berkait rapat tentang keadaan sosial masa kini seperti keresahan dalam menangani masalah remaja yang semakin ramai terlibat dengan dadah serta mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah tersebut. Di samping itu, para hadirin turut menyentuh tentang kaedah pemulihan yang digunapakai di Baitul Taubah.

Setelah itu, pelawat dibawa melawat kawasan Baitul Taubah terutamanya bilik detok. Mereka berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan beberapa penagih yang masih ditempatkan di bilik tersebut. Kemudiannya mereka dibawa melawat ke asrama-asrama penghuni serta kawasan sekitar Baitul Taubah.