Thursday, September 30, 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TUAN GURU NIK AZIZ
Pada 1 September 2010, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Baitul Taubah dengan kehadiran tetamu jemputan istemewa iaitu YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat iaitu Menteri Besar Kelantan serta Yang Berhormat Tuan Muhammad bin Husain iaitu ahli parlimen Pasir Puteh, Yang Berhormat Drs Zainuddin bin Awang Hamat ADUN bg kawasan Limbongan dan Yang Berhormat Drs Saipul Bahrin bin Mohamad ADUN bagi kawasan Selising. Selain itu, selaku ketua sekretariat Baitul Taubah iaitu Tn. Hj. Ubaidah juga turut hadir ke majlis ini. Majlis ini bermula pada pukul 5.30 petang dan tamat pada pukul 7.00 petang.
Dalam majlis ini, YAB Tuan Guru ada memberikan ucapan kepada semua hadiri berkenaan "Kesedaran Tentang Dadah". Begitu juga dengan tetamu terhormat yang lain yang mana turut memberikan ucapan tentang kesedaran agar tidak mudah terlibat dengan dadah sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Setelah masuknya waktu Maghrib, semua yang hadir bersama-sama berbuka puasa dan kemudiannya solat Maghrib berjemaah. Sesudah itu, kesemua tetamu terhormat bersurai.
Labels:
Aktiviti Kerjasama
Sunday, August 15, 2010
LAWATAN DARI PUSPEN BESUT
Sepanjang lawatan bermula 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, semua rombongan telah diberikan sedikit taklimat mengenai Baitul Taubah oleh Ustaz Supian. Mereka juga berpeluang untuk beramah mesra dengan anak bina. Selain itu mereka telah dibawa melawat kawasan Baitul Taubah termasuklah bilik detox.
Sesi lawatan berakhir dengan sedikit jamuan ringan bagi meraikan kesudian pihak PUSPEN untuk singgah di Baitul Taubah. Dengan cara ini, pertukaran maklumat boleh berlaku antara anak bina Baitul Taubah dengan penghuni PUSPEN. Mereka akan lebih merasai diri mereka diperlukan dalam masyarakat.
Labels:
Aktiviti Kerjasama
MAJLIS TALQIN
Seperti biasa, Majlis Talqin ini telah diadakan selepas solat Maghrib. Kesemua anak bina yang baru telah diberikan pengijazahan zikir oleh Ustaz Manan. Selesai majlis dan juga solat Isyak sedikit jamuan telah disediakan.
Labels:
Aktiviti Dalaman
Tuesday, August 10, 2010
KUNJUNGAN LAWATAN DARI SINGAPURA
Bergambar kenangan
Mereka telah menyajikan persembahan yang cukup istimewa iaitu persembahan maulid (sejenis nasyid). Ke semua anak bina sangat terhibur dengan persembahan yang dipertontonkan.
Kunjungan lawatan ini berakhir dengan sedikit jamuan makan bagi menghargai kedatangan mereka yang sedikit sebanyak memberi ruang kepada anak bina untuk bergaul di luar lingkup yang sedia ada.
Kedatangan pengunjung sebegini amatlah kami alu-alukan, kerana melalui sokongan moral inilah juga, selain dari sokongan material, dapat membantu meningkatkan keyakinan dalam diri anak bina untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Labels:
Aktiviti Kerjasama
Thursday, July 8, 2010
SUMBANGAN RM10,000.00 OLEH MALAKOFF CORPORATION BERHAD
Pada 6 Jun 2010, di dalam satu majlis iaitu "5TH ANNUAL MALAKOFF CHARITY RIDE 2010" telah berlangsungnya penyampaian sumbangan yang mana Baitul Taubah merupakan salah satu penerima badan amal di Kota Bharu, Kelantan. Di dalam majlis gilang gemilang ini, Ustaz Supian Sulaiman iaitu wakil Baitul Taubah telah naik ke pentas untuk menerima sumbangan sebanyak RM10,000.00 dalam bentuk "Mock Cheque" dari pihak Malakoff.Dengan penerimaan cek ini, kami dari pihak Baitul Taubah ingin mengucapkan sekalung ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Malakoff Corporation Berhad di atas sumbangan yang telah diberikan.
Keperihatinan pihak Malakoff dengan kesudian menyumbang wang bagi menampung kekurangan yang ada amatlah kami hargai. Wang ini dapatlah kami gunakan untuk tujuan kebajikan dalam memulihkan penagih yang ingin berubah ke arah yang lebih baik.
Diharap Baitul Taubah terus mendapat perhatian serta sumbangan dari lain-lain pihak tidak kiralah dalam bentuk material atau tidak, supaya aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Labels:
Aktiviti Kerjasama
Sunday, May 23, 2010
LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH PUSPEN
Pada 13 Mei 2010, Baitul Taubah telah menerima kunjungan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Lawatan sambil belajar ini diadakan bagi mengenali secara lebih dekat mengenai pendekatan yang digunakan oleh Baitul Taubah dalam memulihkan penagih dari terus ketagih dengan najis dadah.
Seramai 12 pegawai bersama-sama 8 pelatih telah menyertai lawatan ini. Mereka telah diberikan sedikit taklimat dengan dimulai oleh salah seorang pegawai PUSPEN iaitu En. Muhammad. Bagi pihak Baitul Taubah pula, taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Supian bin Sulaiman dan Ustaz Mohamad Zulhilmi bin Abdullah. Selesai Taklimat, sesi suai kenal diadakan antara pihak Baitul Taubah dengan pegawai PUSPEN serta pelatih PUSPEN. Kemudiannya mereka telah dibawa melawat kawasan Baitul Taubah.
Lawatan selama sejam lebih ini berakhir dengan sedikit jamuan bagi menghargai kedatangan mereka ke Baitul Taubah.
Seramai 12 pegawai bersama-sama 8 pelatih telah menyertai lawatan ini. Mereka telah diberikan sedikit taklimat dengan dimulai oleh salah seorang pegawai PUSPEN iaitu En. Muhammad. Bagi pihak Baitul Taubah pula, taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Supian bin Sulaiman dan Ustaz Mohamad Zulhilmi bin Abdullah. Selesai Taklimat, sesi suai kenal diadakan antara pihak Baitul Taubah dengan pegawai PUSPEN serta pelatih PUSPEN. Kemudiannya mereka telah dibawa melawat kawasan Baitul Taubah.
Lawatan selama sejam lebih ini berakhir dengan sedikit jamuan bagi menghargai kedatangan mereka ke Baitul Taubah.
Labels:
Aktiviti Kerjasama
Wednesday, May 19, 2010
Takziah atas pemergian H. Dudun Nursaiduddin. Ar
Tanggal 16 Mei 2010 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1431H, H. Dudun Nursaiduddin. Ar iaitu putera pertama kepada K.H.A. Shohibulwafa Tajul Arifin, ra. (Abah Anom), selaku pengasas Pondok Pesantren Suryalaya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 11 malam.
Kami bagi pihak Baitul Taubah merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah....
Kami bagi pihak Baitul Taubah merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah....
Subscribe to:
Posts (Atom)